Penjagaan kesihatan Pergigian primer ditujukan kepada penduduk di mana golongan sasaran utama adalah kanak-kanak kecil,kanak-kanak prasekolah,pelajar sekolah rendah dan menengah,ibu mengandung,kanak-kanak istimewa,dewasa dan wargatua.Program ini telah dirangka dan dilaksanakan bagi memastikan hasil kesihatan mulut yang optimum.
Program Toddler
Program Penjagaan Awal
kesihatan pergigiankanak-kanak adalah lanjutan dari program ibu
mengandung dan sasaran adalah ibu-ibu lepas bersalin dan ibubapa/penjaga
kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah yang diperiksa di bawah
perkhidmatan kesihatan kanak-kanak Kementerian Kesihatan (KKM).Objektif
utama program kesihatan pergigian awal kanak –kanak adalah untuk
menggalakkan dan mengekalkan kesihatan mulut yang baik ke arah mencapai
pertumbuhan dan pembangunan optimum.
|
Perkhidmatan Prasekolah
Program penjagaan
kesihatan pergigian bagi kanak-kanak prasekolah telah dilancarkan pada
tahun 1984 bagi tadika. Program ini menggunakan pendekatan yang mesra
dan penyayang dimana jururawat pergigian memperkenalkan rawatan
pergigian tidak invasif kepada kanak-kanak melalui inisiatif promosi dan
pencegahan.Ini termasuklah sesi memberus gigi, pertunjukan boneka,
‘roleplay’ dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan.Selaras dengan
pedekatan bukan invasif,teknik ART telah diterapkan untuk memberi
rawatan pemulihan yang memadai kepada kanak-kanak.
|
Perkhidmatan Pergigian Sekolah
Perkhidmatan
Pergigian sekolah adalah teras utama dalam perkhidmatan pergigian awam.
Perkhidmatan pergigian sekolah rendah dan menengah adalah dilaksana
melalui perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental yang
sistematik dan menyeluruh supaya matlamat kesihatan gigi kanak-kanak
tercapai sepenuhnya. Rawatan dijalankan melalui klinik pergigian sekolah
,pasukan pergigian bergerak dan juga klinik pergigian
bergerak.Perkhidmatan Pergigian Inkremental telah mengurangkan kerosakan
gigi kanak-kanak sekolah. Program ini telah berkembang kepada 98.2%
pelajar sekolah rendah dan 84% pelajar sekolah pada tahun 2009.dimana
strategi ini mula dilaksanakan sejak awal tahun 1970. Pasukan bergerak
menggunakan peralatan mudahalih untuk menjalankan rawatan pergigian di
kawasan pedalaman. Pasukan pergigian bergerak meningkat sebanyak 37 kali
ganda dari 13 pada tahun 1970 dan 476 pada tahun 2008.
|
Perkhidmatan Ibu Mengandung
Matlamat utama program
ibu mengandung adalah untuk member pengetahuan kesihatan pergigian
kepada ibu sebagai agen perubahan kesihatan pergigian di persekitaran
rumah dengan mengubah tingkahlaku di kalangan ahli keluarga. Mereka
diberi rawatan pergigian secara percuma.ibu mengandung yang mendapat
rawatan di klinik kesihatan akan dirujuk ke klinik pergigian kerajaan
terdekat bagi sesi promosi kesihatan pergigian, pemeriksaan dan rawatan
pergigian. Temujanji lanjut akan ditetapkan, jika perlu.
|
Perkhidmatan Warga Emas
Program ini adalah
untuk warga emas yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan mulut dan
kualiti kehidupan melalui kempen kesedaran kesihatan mulut untuk warga
tua dan penjaganya, membangunkan amalan penjagaan kendiri yang sesuai di
pelbagai intisusi yang dikenalpasti. Walaupun perkhidmatan di klinik
pergigian telah ujud tetapi bimbingan kesihatan di institusi,komuniti
dan pusat jagaan harian ditubuhkan disesetengah negeri berbanding dengan
yang lain,penjagaan kesihatan (domiciliary care)di rumah tidak
dijalankan disebabkan pelbagai kekangan.
|
Perkhidmatan Pesakit Luar
Program kesihatan
mulut untuk orang dewasa disediakan atas berdasarkan permintaan.Kes-kes
kompleks di rujuk kepada pakar pergigian untuk rawatan lanjut.
Perkhidmatan pesakit luar menyediakan perkhidmatan bagi golongan kurang
bernasib baik dalam merealisasikan objektif perkhidmatan untuk
memperbaiki status kesihatan kesihatan pergigian penduduk.Kira-kira satu
perempat dari jumlah penduduk Malaysia menggunakan perkhidmatan
pergigian KKM.
|
Perkhidmatan Pergigian untuk Kanak-kanak Keperluan Khas
Bahagian kesihatan
Pergigian telah mengiktirafkan kanak-kanak keperluan khas sebagai salah
satu kumpulan utama.Satu program untuk kanak-kanak keperluan khas telah
dilancarkan pada tahun 1993 dengan penekanan yang diberikan kepada
kepada kumpulan yang bekeperluan khas di klinik pesakit luar di samping
beberapa bentuk lain rawatan di institusi. Objektif program ini adalah
untuk meningkatkan kesihatan mulut kanak –kanak keperluan khas yang akan
menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup.Diantara aktiviti yang
dijalankan ialah penerapan amalan kesihatan mulut yang baik ,
meningkatkan kesedaran penjaga kanak-kanak keperluan khas dan juga
meningkat kemahiran anggota pergigian.Ini adalah untuk memastikan
kesihatan pergigian yang baik dicapai melalui promosi kesihatan
pergigian, langkah-langkah pencegahan klinikal dan lain-lain rawatan
yang perlu sejajar dengan wawasan 2020 dan wawasan untuk kesihatan
kearah pembangunan masyarakat penyayang.
copy from ohd.moh.gov.my
|