Social Icons

Friday 15 November 2013

Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer


Penjagaan kesihatan Pergigian primer ditujukan kepada penduduk di mana golongan sasaran utama adalah kanak-kanak kecil,kanak-kanak prasekolah,pelajar sekolah rendah dan menengah,ibu mengandung,kanak-kanak istimewa,dewasa dan wargatua.Program ini telah dirangka dan dilaksanakan bagi memastikan  hasil kesihatan mulut yang optimum.

Program Toddler

Program Penjagaan Awal kesihatan pergigiankanak-kanak adalah lanjutan dari program ibu mengandung dan sasaran adalah ibu-ibu lepas bersalin dan ibubapa/penjaga kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah yang diperiksa di bawah perkhidmatan kesihatan kanak-kanak Kementerian Kesihatan (KKM).Objektif utama program kesihatan pergigian awal kanak –kanak adalah untuk menggalakkan dan mengekalkan kesihatan mulut yang baik ke arah mencapai pertumbuhan dan pembangunan optimum.
Pre-School Service

Perkhidmatan Prasekolah

Program penjagaan kesihatan pergigian bagi kanak-kanak prasekolah telah dilancarkan pada tahun 1984 bagi tadika. Program ini menggunakan pendekatan yang mesra dan penyayang dimana jururawat pergigian memperkenalkan rawatan pergigian tidak invasif kepada kanak-kanak melalui inisiatif promosi dan pencegahan.Ini termasuklah sesi memberus gigi, pertunjukan boneka, ‘roleplay’ dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan.Selaras dengan pedekatan bukan invasif,teknik ART telah diterapkan untuk memberi rawatan pemulihan yang memadai kepada kanak-kanak.
Pre-School Service

Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Perkhidmatan Pergigian sekolah adalah teras utama dalam perkhidmatan pergigian awam. Perkhidmatan pergigian sekolah rendah dan menengah adalah dilaksana melalui perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental yang sistematik dan menyeluruh supaya matlamat kesihatan gigi kanak-kanak tercapai sepenuhnya. Rawatan dijalankan melalui klinik pergigian sekolah ,pasukan pergigian bergerak dan juga klinik pergigian bergerak.Perkhidmatan Pergigian Inkremental telah mengurangkan kerosakan gigi kanak-kanak sekolah. Program ini telah berkembang kepada 98.2% pelajar sekolah rendah dan 84% pelajar sekolah pada tahun 2009.dimana strategi ini mula dilaksanakan sejak awal tahun 1970. Pasukan bergerak menggunakan peralatan mudahalih untuk menjalankan rawatan pergigian di kawasan pedalaman. Pasukan pergigian bergerak meningkat sebanyak 37 kali ganda dari 13 pada tahun 1970 dan 476 pada tahun 2008.
Pre-School Service

Perkhidmatan Ibu Mengandung

Matlamat utama program ibu mengandung adalah untuk member pengetahuan kesihatan pergigian kepada ibu sebagai agen perubahan kesihatan pergigian di persekitaran rumah dengan mengubah tingkahlaku di kalangan ahli keluarga. Mereka diberi rawatan pergigian secara percuma.ibu mengandung yang mendapat rawatan di klinik kesihatan akan dirujuk ke klinik pergigian kerajaan terdekat bagi sesi promosi kesihatan pergigian, pemeriksaan dan rawatan pergigian. Temujanji lanjut akan ditetapkan, jika perlu.
Pre-School Service

Perkhidmatan Warga Emas

Program ini adalah untuk warga emas yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan mulut dan kualiti kehidupan melalui kempen kesedaran kesihatan mulut untuk warga tua dan penjaganya, membangunkan amalan penjagaan kendiri yang sesuai di pelbagai intisusi yang dikenalpasti. Walaupun perkhidmatan di klinik pergigian telah ujud tetapi bimbingan kesihatan di institusi,komuniti dan pusat jagaan harian ditubuhkan disesetengah negeri berbanding dengan yang lain,penjagaan kesihatan (domiciliary care)di rumah tidak dijalankan disebabkan pelbagai kekangan.
Pre-School Service

Perkhidmatan Pesakit Luar

Program kesihatan mulut untuk orang dewasa disediakan atas berdasarkan permintaan.Kes-kes kompleks di rujuk kepada pakar pergigian untuk rawatan lanjut. Perkhidmatan pesakit luar menyediakan perkhidmatan bagi golongan kurang bernasib baik dalam merealisasikan objektif perkhidmatan untuk memperbaiki status kesihatan kesihatan pergigian penduduk.Kira-kira satu perempat dari jumlah penduduk Malaysia menggunakan perkhidmatan pergigian KKM.
Pre-School Service

Perkhidmatan Pergigian untuk Kanak-kanak Keperluan Khas

Bahagian kesihatan Pergigian telah mengiktirafkan kanak-kanak keperluan khas sebagai salah satu kumpulan utama.Satu program untuk kanak-kanak keperluan khas telah dilancarkan pada tahun 1993 dengan penekanan yang diberikan kepada kepada kumpulan yang bekeperluan khas di klinik pesakit luar di samping beberapa bentuk lain rawatan di institusi. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesihatan mulut kanak –kanak keperluan khas yang akan menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup.Diantara aktiviti yang dijalankan ialah penerapan amalan kesihatan mulut yang baik , meningkatkan kesedaran penjaga kanak-kanak keperluan khas dan juga meningkat kemahiran anggota pergigian.Ini adalah untuk memastikan kesihatan pergigian yang baik dicapai melalui promosi kesihatan pergigian, langkah-langkah pencegahan klinikal dan lain-lain rawatan yang perlu sejajar dengan wawasan 2020 dan wawasan untuk kesihatan kearah pembangunan masyarakat penyayang.

 copy from ohd.moh.gov.my
Pre-School Service

Tuesday 5 November 2013

AMALAN 5S


MENGENALI AMALAN 5S
1. TUJUAN
1.1   Tujuan Bahagian Satu ini ialah untuk memberi pemahaman tentang Amalan 5S.

2. LATAR BELAKANG
2.1 Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada
            awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh
      mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat
      di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat
      memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

2.2 Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an
      dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
      Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada
      di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada
      Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

3. MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5S
3.1 Amalan 5S

3.1.1 Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

3.1.2 Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.

3.1.3 Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:

(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
(f)  Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.


3.2 Prinsip Amalan 5S
     3.2.1 Sisih (Seiri): Menyisih dan melupuskan (membuang) barang yang tidak perlu di tempat kerja

Sisih merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan tidak diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan pada masa sekarang atau masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpanan yang ditetapkan. Barangan yang tidak diperlukan akan dilupuskan.


3.2.2 Susun (Seiton): Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula di tempatnya

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak perlu diasingkan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Tujuan utama menyusun ialah:
·         menjimatkan penggunaan ruang;
·         penyimpanan barangan lebih kemas dan teratur; dan
·         memudahkan proses mengesan dan mendapatkan barangan pada masa akan datang.

3.2.3 Sapu (Seiso): Mencuci atau membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja

Persekitaran yang bersih diperlukan oleh semua peringkat pekerja untuk merasa selesa dan ceria apabila bekerja. Selain meningkatkan kecekapan kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Tujuan menyapu untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Menjadi keperluan tempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada setiap masa dengan jadual penyelenggaraan yang berkesan.

3.2.4 Seragam (Seiketsu): Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti
         di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh setiap pekerja akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Panduan diperlukan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranya ialah Standard Operation Procedure

3.2.5 Sentiasa Amalkan (Shitsuke): Melatih pekerja berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi

Budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan piawaian yang telah ditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan
secara berkala.

3.3 Faedah Melaksanakan Amalan 5S  
3.3.1 Persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi;
3.3.2 Persekitaran tempat kerja menjadi lebih selamat;
3.3.3  Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif untuk mencapai persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif;
3.3.4 Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja;
3.3.5 Kesilapan kerja dapat dielakkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing);
3.3.6  Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa proses pengeluaran/pemberian perkhidmatan;
3.3.7 Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas;
3.3.8 Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti;
3.3.9 Kawalan stok/inventori yang lebih berkesan;
3.3.10 Pengurusan kos yang lebih berkesan;
3.3.11 Rungutan pelanggan dapat dikurangkan terhadap penyampaian perkhidmatan;
3.3.12 Memudahkan urusan penyelenggaraan;
3.3.13 Meningkatkan semangat kerja berpasukan; dan
3.3.14 Meningkatkan imej korporat organisasi.

3.4 Hasil Yang Dijangka Dari Amalan 5S
     3.4.1 Penjimatan Kos:

(a) Penjimatan penggunaan inventori;
(b) Menghalang kerosakan ke atas inventori;
(c) Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan; dan
(d) Mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam sesuatu urusan kerja.
    
     3.4.2 Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber:

(a) Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja;
(b) Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah/proses;
     dan
(c) Mempermudah kawalan dan penyelenggaraan.
  
     3.4.3 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan:

(a) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang diguna pakai;
(b) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan; dan
(c) Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan.

3.4.4 Jaminan kualiti:

(a) Meningkatkan kualiti dan produktiviti barangan/perkhidmatan;
(b) Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas dan selamat; dan
(c) Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan berkesan.

3.4.5 Meningkatkan keselamatan di persekitaran tempat kerja:

(a) Menghapuskan keadaan yang membahayakan;
(b) Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja;
(c) Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan dan
     kemalangan;
(d) Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian; dan
(e) Pematuhan kepada peraturan-peraturan.

3.4.6 Meningkatkan motivasi pekerja:

(a) Perhubungan yang baik antara anggota;
(b) Membentuk disiplin yang tinggi; dan
(c) Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.

3.5 Tindakan Yang Bukan Amalan 5S

Antara tindakan yang bukan ciri Amalan 5S adalah seperti berikut:

3.5.1 Memberi latihan pengemasan;
3.5.2 Satu cara untuk menyalahkan orang lain sekiranya berlaku sebarang kecacatan;
3.5.3 Satu cara untuk memaksa orang bekerja;
3.5.4 Satu cara untuk memaksa orang bekerja dengan lebih tekun dan pantas; dan
3.5.5 Dibuat pada bulan-bulan atau tahun-tahun tertentu (bermusim) sebagai contoh dilaksanakan dalam bulan kualiti atau pertandingan sahaja.

3.6 Tentangan Terhadap Pelaksanaan Amalan 5S

Antara bentuk persoalan mempamerkan tingkah laku penentangan pelaksanaan Amalan 5S ialah:

3.6.1 Apa yang hebat sangat tentang Amalan 5S?
3.6.2 Kenapa saya sebagai Ketua Jabatan, perlu jadi pengerusi Amalan 5S?
3.6.3 Kenapa perlu bersih, sedangkan ia akan kotor lagi?
3.6.4 Adakah melakukan sisih dan susun akan meningkatkan output?
3.6.5 Kenapa perlu tumpu sangat pada suatu yang remeh seperti Amalan 5S (sisih dan susun)?
3.6.6 Bukankah kita memang sudah lakukan Amalan 5S?
3.6.7 Sememangnya tempat kerja saya berserabut, tetapi saya tahu mana hendak mendapatkannya?
3.6.8 Bukankah kita dah lakukan Amalan 5S setahun dulu?
3.6.9 Bukankah Amalan 5S dan aktiviti penambahbaikan lain sesuai untuk kilang   
          sahaja?
3.6.10 Tidak tahukah bahawa kami terlalu sibuk untuk melaksanakan Amalan 5S (sisih
           dan susun)?
3.6.11 Siapa mereka, hendak arahkan saya buat Amalan 5S?
3.6.12 Kita tidak perlukan Amalan 5S. Kita bukan kerja cari untung, jadi buat kerja kita
           sajalah?

4. KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S

4.1 Sokongan Dan Komitmen Berterusan Dari Pengurusan Atasan

Sokongan dan komitmen pihak pengurusan atasan dapat mewujudkan suasana yang menyemarakkan pelaksanaan Amalan 5S selain mampu memberi kesan yang berpanjangan. Pihak pengurusan atasan akan memberikan hala tuju dan keputusan-keputusan untuk memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan dalam organisasi dengan baik oleh anggotanya.

4.2 Membentuk Prasarana Yang Berkesan

Sediakan prasarana yang bersesuaian. Menjadi kepentingan untuk mengenal pasti terlebih dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan Amalan 5S dalam organisasi. Tindakan yang bersistematik adalah perlu dengan mewujudkan beberapa jawatankuasa bagi pelaksanaan Amalan 5S dan terma rujukan yang jelas.

4.3 Mengadakan Sistem Komunikasi Yang Berkesan

Sediakan dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi kepada anggota lain. Untuk itu, beberapa kaedah boleh digunakan misalnya:

4.3.1 Melalui mesyuarat;
4.3.2 Menggunakan intranet seperti portal, blog atau laman web organisasi;
4.3.3 Informasi di papan kenyataan;
4.3.4 Poster dan risalah; dan
4.3.5 Surat berita dalaman (Newsletter).

4.4 Melatih Semua Peringkat Anggota Untuk Mengamalkan Amalan 5S

Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam Amalan 5S dan anggota lain di dalam organisasi. Perlu dirancang latihan asas Amalan 5S kepada setiap anggota. Ini bagi membolehkan seluruh anggota organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam Amalan 5S.

4.5 Projek Perintis Amalan 5S – Model 5S

Mulakan dengan projek perintis Amalan 5S. Pilih kawasan yang kebanyakan anggotanya menunjukkan simptom kurang bermotivasi untuk bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan sebagainya. Kawasan berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila Amalan 5S dilaksanakan. Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk merancang pelaksanaan Amalan 5S yang lebih menyeluruh dalam organisasi. Hasil dari pelaksanaan projek perintis 5S, adalah penting dilakukan penilaian dan semakan. Dapatkan maklum balas dan idea daripada ahli kumpulan projek perintis Amalan 5S berkenaan untuk input penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan Amalan 5S organisasi.

4.6 Penandaarasan Amalan Terbaik
      Wujudkan dan kongsikan amalan terbaik (best practices). Antaranya mengadakan lawatan ke syarikat-syarikat atau agensi-agensi yang menjadi model Amalan 5S untuk penambahbaikan yang berterusan. Sediakan dan gunakan pangkalan data berkaitan amalan-amalan yang terbaik dan mesti dikongsi dengan anggota yang lain.

4.7 Pelan Pelaksanaan Amalan 5S – Kitaran P-D-C-A

        Sediakan pelan pelaksanaan Amalan 5S yang menyeluruh dengan merangka pendekatan yang sistematik dengan menggunakan Kitaran P-D-C-A (Rancang (Plan) - Laksana (Do) - Periksa (Check) - Tindakan (Action)). Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalam pelaksanaan Amalan 5S, setiap masalah yang dihadapi harus dijadikan teladan dan daripadanya mesti dilakukan penambahbaikan. Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedah pelaksanaan bagi memastikan Amalan 5S di organisasi lebih berkesan.

4.8 Mengamalkan Penilaian Prestasi Dan Sistem Ganjaran

Audit Dalaman Amalan 5S dalam organisasi adalah kaedah terbaik membuat penilaian prestasi Amalan 5S. Penilaian ini boleh disusuli dengan sistem ganjaran yang menawarkan ganjaran pada setiap pasukan yang berjaya dalam pelbagai kategori yang dianjurkan.

5. PENUTUP

5.1 Konsep Amalan 5S mudah difahami oleh setiap anggota kerana perkara ini hanya memerlukan pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang tinggi. Amalan ini boleh dilaksanakan di semua organisasi.
5.2 Amalan 5S dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada organisasi.
5.3 Amalan 5S dapat mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan selamat ke arah sistem penyampaian perkhidmatan IKBN bertaraf dunia.
5.4 Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan semua warga menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan Amalan 5S.
5.5 Amalan 5S perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaian perkhidmatan organisasi yang cemerlang.

Monday 4 November 2013

CAJ RAWATAN PERGIGIAN

Jenis Rawatan Pergigian

kepada semua warga malaysia yang sentiasa mengunjungi klinik pergigian kerajaan disini disertakan jadual  caj rawatan yang dikenakan selepas setiap rawatan di klinik pergigian kerajaan dibuat. semoga info ini  memberi manfaat kepada semua... :)

Saturday 2 November 2013

Memberus Gigi Adalah Amalan Sunnah



Islam bukan sahaja agama yang menyuruh umatnya beribadah semata-mata tetapi islam mencakupi segenap kehidupan. Daripada bangun tidur sehinggalah tidur kembali, kita dikehendaki melalui hari dengan amalan menepati ajaran agama islam. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya. 

Amalan Sunnah Rasullulah saw 
Amalan bersugi atau memberus gigi adalah amalan sunnah Nabi Muhammad saw dan hukumnya sunat. Walaupun hanya amalan sekecil dan semudah memberus gigi daripada sisi makanan tetapi inilah amalan sunnah yang Rasullulah saw galakan kepada umatnya. 

Rasullulah saw bersabda : "Sekiranya tidak menjadi keberatan untuk umatku atau manusia ,nescaya aku perintahkan mereka semua mengosok gigi setiap kali mereka menunaikan solat." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Kepada orang yang suka amalan sunnah, mengosok gigi setiap kali hendak menunaikan solat tidak menjadi satu masalah malah seseorang itu akan berasa segar untuk menunaikan solat. Oleh itu, jadikan diri kita seorang yang suka memberus gigi sebelum menunaikan solat. 

Apabila solat, kita akan bersolat dengan gigi bersih dapat membaca ayat suci al-Quran dengan baik tanpa ada sisa makanan di samping mengharumkan bau mulut . bau mulut yang busuk adalah makruh jika kita bersolat secara berjemaah. Bersolat dengan gigi yang bersih akan menambah kekhusyukan kerana jika memberus gigi kemudian ada sisa makanan di celah gigi, maka solat kita akan terganggu. Bacaan juga terganggu dengan cuba membuang sisa makanan dicelah gigi. 



Sisa Makanan Di Celah Gigi 
Amalan menggosok gigi di awal pagi adalah amalan sunnah berdasarkan hadis daripada huzaifah , katanya: "Nabi saw apabila baginda bangun daripada tidur maka baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu sugi."(Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan niat mengikut sunnah nabi maka nescaya amalan itu mendapay ganjaran pahala daripada Allah swt. Oleh itu, lakukan amalan mengosok gigi di awal pagi atau sebelum solat dengan niat mengikut sunnah , semoga amalan kita diberkati Allah.

Bersugi Bersih Mulut 
Alat yang boleh digunakan untuk bersugi atau mengosok gigi seperti kayu sugi, berus gigi,cebisan kain atau benda-benda lain yang suci dan tidak membahayakan. Rasullulah saw sangat menggalakkan umatnya menjaga kebersihan gigi. 

Sabdanya :"Aku sangat-sangat menggalakkan kamu semua menjaga kebersihan gigi."(Riwayat Bukhari) 

Syuraih bin Hani' berkata, aku bertanya kepada Aisyah amalan apakah Nabi saw mulakan ketika memasuki rumahnya? Aisyah menjawab:Bersugi." (Riwayat Muslim) 

Sabda Rasullulah saw :"Bersugi adalah cara untuk membersihkan mulut dengan melakukannya akan mendapat keredhaan Allah swt ." (Riwayat An Nasai dan Ibnu Majah) 

Bersugi juga dapat meningkatkan akal,mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban, menggandakan pahala, mengucap dua kalimah syahadah ketika hampir ajal, memudahkan keluarnya daripada badan. Bersugi membersihkan gigi dan mulut daripada kuman yang merosakkan gigi . 

Sumber : Berita Harian

Memberus Gigi

Memberus Gigi

Memberus Gigi Kanak-Kanak
Kenapa gigi perlu diberus?
Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menyapu fluorida yang kepada bahagian gigi. Permulaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.
Mengapa memberus gigi itu penting?
Memberus gigi dengan berkesan adalah penting untuk:
  • Mencegah penyakit gusi
  • Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).
Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ?
Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tabiat membersih mulut harus disemai dari sejak lahir.
Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?
  • Untuk bayi
  • Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.
  • Untuk kanak-kanak
  • Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
  • Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
  • Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :
  • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
  • Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

Ubat gigi sebesar biji kacang soya.

Memberus Gigi bagi Remaja
Mengapa perlu memberus gigi ?
Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup.
Bagaimana memberus gigi dapat membantu?
Amalan memberus gigi sehingga bersih dan secara teratur membantu :
  • Membersihkan sisa makanan dan plak gigi
  • Mencegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas berbau (halitosis)
Bilakah berus gigi perlu ditukar?
Ya, berus gigi perlu ditukar:
  • Apabila bulu berusnya mula kembang atau haus.
  • Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk.
  • Selepas 3 bulan penggunaannya.
Berapa kerap gigi perlu diberus?
Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan malam sebelum tidur. Berus selama 2-3 minit
Bagaimana memilih berus gigi yang baik?
Pilihlah berus gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut :
  • Saiz yang sesuai dengan mulut
  • Pemegang yang selesa dan teguh
  • Bulu berus yang lembut dan hujungnya membulat
Apakah cara terbaik untuk memberus gigi?
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mengamalkan teknik memberus gigi yang berkesan :
  • Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.
  • Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke luar dan ke dalam.
  • Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan berus perlahan-lahan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.
  • Di celah-celah gigi / kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.
  • Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.
Adakah petua-petua yang lain?
  • Pastikan memberus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi
  • Jangan berkongsi berus gigi
  • Gunakan ubat gigi berfluorida
  • Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan dengan berus gigi lain) untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus
  • Sekiranya menggunakan pendakap gigi, sila guna berus gigi ortodontik.
Memberus Gigi bagi Dewasa
Latar belakang
Memberus gigi sehingga bersih dan secara berkala adalah langkah utama untuk mengekalkan kesihatan gigi dan gusi. Kesihatan pergigian yang baik merupakan sebahagian penting kesihatan seseorang individu yang menyumbangkan kepada kehidupan berkualiti.
Kepentingan
Memberus gigi dengan berkesan dan secara berkala dapat membantu :
  • membersihkan sisa-sisa makanan dan plak gigi.
  • mencegah kerosakan gigi ( karies gigi ), penyakit gusi ( penyakit periodontium ) dan nafas berbau ( halitosis )
Berapa kerap anda perlu menukar berus gigi?
Tukar berus gigi anda :
  • apabila bulu berus mula kembang atau haus
  • selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk
  • selepas 3 bulan penggunaan
Berapa kerap anda perlu memberus gigi?
Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas makan dan sebelum tidur malam. Beruslah selama 2 hingga 3 minit setiap kali.
Apakah jenis berus gigi yang terbaik?
Pilihlah berus gigi yang memenuhi ciri-ciri berikut:
  • saiz yang sesuai dengan mulut anda
  • pemegang yang selesa dan teguh
  • bulu berus (bristel) yang lembut dan mempunyai hujung yang bulat.
Petua memberus gigi
  • Berus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi
  • Jangan berkongsi berus gigi
  • Gunakan ubat gigi berfluorida
  • Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan) untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus gigi.
Apakah cara terbaik untuk memberus gigi anda?
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mempraktikkan teknik memberus gigi yang berkesan :
  • Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.
  • Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke belakang dan ke hadapan.
  • Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan beruskan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.
  • Di celah-celah gigi atau kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.
  • Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.
Memberus Gigi bagi Warga Emas
Latar belakang
Memberus gigi sehingga bersih dan secara berkala dapat menjamin kesihatan gigi dan gusi. Kebersihan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup.
Kepentingan memberus gigi
Memberus gigi secara berkesan dan berkala membantu:
  • bersih sisa makanan dan plak gigi
  • cegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (periodontium) dan mengelakkan nafas berbau (halitosis).
Berapa kerap anda perlu memberus gigi?
Anda perlu memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan sebelum tidur. Berus gigi selama dua atau tiga minit setiap kali memberus.
Berapa kerap anda perlu menukar berus gigi?
Anda perlu menukar berus gigi:
  • apabila bulu berus mula haus atau kembang
  • selepas sembuh daripada sakit tekak contoh batuk
  • selepas tiga bulan digunakan
Pemilihan berus gigi?
Pilihlah berus gigi yang:
  • sesuai dengan mulut anda
  • mempunyai pemegang yang selesa
  • mempunyai bulu berus yang lurus dan lembut
Petua memberus gigi
  • Berus semua permukaan gigi terutama di leher dan celah-celah gigi
  • Jangan berkongsi berus gigi
  • Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida
  • Simpan berus gigi di tempat kering dan tidak bersentuhan antara satu sama lain untuk mengelak jangkitan
Bagaimanakah cara memberus gigi dengan lebih berkesan?
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda memberus gigi dengan lebih berkesan.
  • Letakkan berus gigi pada sudut 45-darjah di bahagian permukaan luar gigi. Berus perlahan-lahan dari atas ke bawah untuk gigi di rahang atas dan dari bawah ke atas untuk gigi di rahang bawah. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan sebelah dalam gigi.
  • Letakkan berus gigi di permukaan mengunyah dan berus dari depan ke belakang.
  • Sendengkan berus gigi di permukaan dalam gigi hadapan, dan berus dari atas ke bawah dengan menggunakan hujung berus gigi.
  • Untuk membersihkan permukaan celah gigi, gunakan berus gigi yang kecil (pembersih antara gigi);berus arah ke dalam dan ke luar.
  • Untuk membersihkan lidah, pegang berus gigi secara mendatar dan berus permukaan lidah dari arah ke belakang dan ke hadapan.

Bagaimana membantu golongan kurang upaya menjaga kebersihan gigi?
  • Gunakan berus gigi berkuasa bateri atau pemegang berus gigi yang telah diubah suai bagi mereka yang kurang upaya. Pemegang berus gigi yang telah diubah suai Mudah dipegang
  • Penjaga harus membantu mereka yang kurang upaya menjaga kebersihan mulut.

    Dua kedudukan yang boleh digunakan untuk membantu mereka yang kurang upaya memberus gigi:
    • Secara duduk
      Orang kurang upaya duduk di kerusi. Anda berdiri di belakangnya sambil memaut kepala dengan sebelah tangan dan sebelah tangannya lagi memberuskan gigi.
    • Secara mengiring
      Baringkan orang kurang upaya secara mengiring dan kepalanya berada di atas pangkuan anda.


     copied from http://www.myhealth.gov.my

Friday 1 November 2013

Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat

Pengenalan

Fokus Kesihatan Pergigian Masyarakat adalah untuk mencegah karies dan Kanser Mulut. Ini termasuk pemfluoridaan,rawatan fisur disekolah dan program pencegahan dan pengesanan awal pra kanser dan kanser mulut.

Pemfluoridaan

Pemfluoridaan bekalan air awam adalah aktiviti kemasyaratkan yang bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kerosakan gigi . Ia nya telah diterima sebagai salah satu polisi kerajaan bermula tahun 1972. Pada tahun 2006 sejumlah 273 loji rawatan air telah ditambah fluride yang member manafaat kepada 73.9% jumlah penduduk .Seterusnya program tersebut dikembangkan keseluruh penduduk. Kementerian Kesihatan dan Pelbagai Pihak Berkuasa Air telah berkerjasama bagi menjayakan program pemfluoridaan ini.

Fisur Sealant

Program fisur sealant merupakan satu program disekolah yang bertujuan bagi mencegah karies gigi. Program ini dilaksanakan diseluruh Negara bermula pada tahun 1999.Dibawah program ini fisur sealant disapu pada gigi geraham kekal dikalangan kanak –kanak yag berisiko karies.
Before
After

Kanser Mulut

Program Pengesanan dan pencegahan awal prakanser dan kanser disasarkan kepada kumpulan yang berisiko pertama kali dilancarkan pada tahun 1996.Program ini telah dikaji semula dan diperkukuh pada tahun 2002. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang faktor-faktor yang menyebabkan kanser mulut . Program ini juga untuk mendidik individu bagi mengesan tanda-tanda awal gejala kanser mulut dan menjalankan pemeriksaan bagi mengesan kanser awal mulut.

Wednesday 30 October 2013










Hari Sambutan Pergigian Daerah Dungun - 'Jom Cakna Mulut'





Bagi kakitangan awam, tambahan tugas yang diberikan adalah mengisi SKT secara online ataupun HRMIS. Kalau dahulu kita isi dalam borang sahaja, mungkin nak jimat kertas agaknya. Jadi bagi kakitangan awam, nak tak nak memang kena pandai komputer. Kena belajar...

Mula-mula tu memang susah sikit, tapi lama-lama tu oklah. Sebab kena klik tu, klik ni. Tapi yang tak bestnya isi SKT online (HRMIS) ni cuma boleh dilayari dengan Internet Explorer 8.0 ke bawah sahaja. Kalau pakai Mozilla ke, Google Chrome ke memang tak dapat masuk.

Itulah sedikit kekurangannya, jadi kalau sesiapa yang ada komputer baru, janganlah update Internet Explorer tu, stay je pakai yang lama. Mana tau dapat kerja kerajaan ke nanti, kena isi HRMIS ni setiap tahun.

Untuk ke laman web HRMIS ni, boleh copy link di bawah ni dan paste pada URL Internet Explorer. Selamat mencuba :

http://hrmis2.eghrmis.gov.my/

http://hrmisone.eghrmis.gov.my/

http://zontimur.eghrmis.gov.my/

http://203.217.177.204/

Total Pageviews